FAKTOR- FAKTOR TRADERS GAGAL
Duit dah
banyak habis. Akaun asyik MC je. Tak pernah pun merasa withdraw profit. Hutang
makin bertambah, nak bayar pun tak boleh sebab tak ada duit.
Ini keluhan
yang selalu traders alami, bukan traders saja, semua sekali dalam dunia ni yang
ada masalah kewangan. Ada beberapa masalah yang traders yang selalu hadapi
Pertama, FAKTOR TEKNIK . 90% traders masih
tercari-cari teknik yang sesuai. Tapi tak ada satu pun yang sesuai dan mudah.
Semua kelaut. Ini kerana, mereka asyik menjadi katak yang selalu melompat dari
satu cikgu ke satu cikgu. Traders jenis ini tak akan ke mana di dalam insdustri
ni. Cium bau duit hasil dari trade jarang sekali.
Apa yang
anda perlu buat ialah fokus pada 1 teknik sahaja. Mahirkan sehingga nampak hasilnya.
Sekurang-kurangnya, traders mesti lah trade di dalam REAL ACCOUNT sebanyak 40
kali. Kemudian jumlah profit dibahagikan dengan jumlah trade. Baru kita tahu
hasilnya sama ada teknik itu berkesan atau tidak. Itulah dipanggggil tested
system.
Kedua, FAKTOR EMOSI, emosi ialah kelemahan
manusia. Manusia diciptakan Allah dengan sifat ada serba serbi kekurangann
kerana hanya Allah sahaja yang sempurna. Emosi selalu di alami traders adalah
sifat TAMAK. Tamak adalah punca akaun traders menjadi LOSS kerana ingin kejar
keuntungan. Emosi seterusnya ialah KURANG BERSABAR. Traders apabila floating,
mereka akan hold lebih lama dan tunggu hingga profit semula kerana risau akan
LOSS. Tapi , bila profit mereka akan Close lebih awal kerana risau profit
tersebut akan hilang.
Apa yang
traders perlu buat ialah mencipta sistem. Mereka perlu ada trading plan. Itulah
pentingnya pengiraan RISK RATIO REWARD. Mereka perlu mematuhi Money Management
dan mengelakkan dari Trade jumlah lot yang besar. Mereka perlu disiplin dan
ikut lot jumlah equity yang bersesuaian. Ini akan mendisiplinkan diri. Stop
Loss juga jangan diabaikan, kerana untuk keselamatan. Jika hit Stop Loss, perlu
redha dan menganggap itu bukan rezkinya. Target Profit mestilah digunakan juga
untuk sasaran kita. TP juga penting kerana elak dari profit anda melayang. Jika
anda menjaga 3 perkara ini. Trading akan menjadi tempat yang lebih selamat.
Ketiga, FAKTOR BROKER. Pemilihan broker juga
memainkan peranan yang penting kerana ada broker yang menginkan keuntungan yang berlebihan
dengan cara menipu. Terdapat 2 jenis broker forex iaitu A Book dan B Book.
Macam mana nak tau jenis broker ni?
Ringkasan
ceritanya, A Book broker ni adalah broker yang mengharapkan kepada
trader-trader yang profit. Daripada
profit trader-trader ini la mereka
mendapat komisen dan keuntungan untuk syarikat@broker. Duit yang trader deposit
akan dimasukkan terus ke bank @ LP (Liquidity Provider). Broker tidak akan
menyimpan duit deposit trader.
Manakala. B
Book broker pula adalah sebaliknya. Mereka mengharapkan kepada trader yang
sentiasa loss duit deposit mereka. Di situ broker mendapat keuntungan untuk
syarikat. Duit yang dideposit akan dimasukkan ke dalam broker sahaja. Tidak
dihantar ke LP. Ini kerana B Book broker berpegang dengan statistik bahawa 90%
trader loss, hanya 10% sahaja akan profit. Mereka akan memastikan bahawa trader
akan loss duit mereka yang telah dideposit.
Selain itu
apa lagi perbezaan antara 2 jenis broker ni ye?
Ciri mudah
nak kenal pasti adalah dengan melihat kepada jenis2 akaun trading yang
ditawarkan. Kebiasaannya, A Book broker hanya menawarkan 2 jenis akaun trading
sahaja iaitu akaun standard dan ECN. Manakala B Book broker ada menawarkan
akaun trading micro atau cent. B Book juga menawarkan tahap leverage yang agak
tinggi seperti 1:1000. A Book pula biasanya hanya menawarkan leverage setinggi
1:500 sahaja.
Apa lagi
perbezaan yang dapat diperhatikan ye?
Haa..
Biasanya B Book broker ni ada menawarkan
DEPOSIT BONUS dan bonus-bonus (rebet) lain.
Selain itu,
minima deposit A Book biasanya agak tinggi sedikit iaitu $100 manakala B Book
pula ada menawarkan serendah $10 sahaja.
Untuk urusan
pengeluaran duit profit juga ada perbezaannya. Untuk A Book broker bagi
pengeluaran yang bernilai besar seperti $10k ke atas, akan memerlukan masa
sekurang2nya 24 jam kerana duit tersebut akan diuruskan oleh pihak LP @ bank. B
Book pula ada yang mampu untuk menyelesaikan pengeluaran dalam masa yang cepat
kerana duit tersebut memang sedia ada berada di dalam broker. Jadi tiada
masalah untuk mereka membuat pengeluaran tersebut.
Carta B Book
broker juga lebih cantik dibandingkan dengan A Book broker. Carta B Book akan
diperhalusi oleh programmer agar mengikut kehendak broker. Carta A Book pula
biasanya akan kurang cantik dan banyak GAP. Kenapa ini berlaku di A Book?
Sbbnya, data untuk carta A Book adalah direct daripada LP tanpa sebarang
adjustment atau manipulasi candlestick.
Itu sahaja
penerangan saya hari ini. Insyallah saya akan kongsikan penulisan saya.
JUM SAMA-SAMA KITA UBAH CARA TRADING KITA. TETAPKAN AZAM TAHUN BARU UNTUK UBAH HIDUP KEPADA LEBIH BAIK. SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR SENTIASA MENDAPAT DORONGAN DAN PETUNJUK
No comments:
Post a Comment