KENALPASTI JENIS CANDLESTICK DAN ASAL - USULNYA
Asal usul Candlestick berasal daripada Negara Ultraman iaitu Jepun. Sebenarnya, candlestick asalnya digunakan oleh Pedangan Beras untuk mengukur harga beras mengikur panjang beras tersebut. Ia bermula daripada pengasasnya iaitu Munehisa Homma yang merupakan pedagang beras. Era Forex bermula daripada ilham mengukur beras ini.
Asas Candlestick
Candle bergerak mengikut BODY iaitu wujudnya OPEN dan CLOSE. Jika candlestick tersebut meninggalkan SHADOW, maka price tersebut pernah lalu di situ, Kita tidak boleh memandang remeh terhadap shadow kerana jika kita buka TimeFrame kecil, candlestick telah close disitu. Maka wujudnya Support and Resistance antara Candlestick.
Ramai kalangan traders selalu mengabaikan penggunaan candlestick ini kerana selalu mengharapkan Indicator sebagai penunjuk arah. Sebagai contoh, seorang pengembara sesat di dalam hutan, Dia ada dua jenis penunjuk arah. Yang pertama menggunakan Kompas dan Peta, Yang kedua menggunakan Waze atau Google Maps. Mana yang lebih tepat? Sudah tentu anda memilih Google Maps atau Waze kan? Sebab lebih mudah. Kalau saya pula menggunakan Kompas dan Peta kerana ia merupakan penunjuk arah yang tepat kerana cara lama dan mudah ini tidak bergantung kepada sesuatu, manakala menggunakan Waze atau Google Map memerlukan GPS, Internet dan Bateri.
Candlestick merupakan bahasa FOREX yang perlu kita fahami. Jika kita nak menang dan berkawan baik dengan market, kena berhubung bahasa market. Kalau kita bercakap dengan orang pekak atau bisu tentu kita tak akan faham. Betul tak? Bagaimana kalau kita bercakap bahasa mereka? Sudah pasti senang anda nak berhubung dan berkomunikasi.
Jenis - Jenis Candlestick
Spinning Tops
Spinning Tops adalah berasal daripada bentuk gasing kerana kitaran price tersebut berputar di dalam itu.
Candle ini wujud kerana wujudnya High Votality kekuatan price Buyer dann Seller sama kuat. Jadi ini memberikan tanda untuk pertukaran trend. Keputusan candle ini akhirknya seri. ( Kitab MT4, EJ, D1, 16January 2018)
Marubozu
Marubozu adalah candlestick yang menunjukan high price yang terkuat dan sangat istimewa. Bentuknya tiada shadow. Apabila candlestick sebelum itu close, candle Marubozu akan terbentuk dengan cepat kerana kekuatan matawang tersebut. Sebab itu ia tidak meninggalakn shadow. Sangat jarang ditemui.
(Kitab MT4, EN, W1, 26Feb2017)
Doji
Doji adalah salah satu candle yang paling tidak keruan. Ia tidak dapat menentukan arah sama ada naik atau turun. Selalunya berlaku kita market SIDEWAY.
Candle ini tiada body, tapi meninggalkan shadow yang panjang akibat perlagaan Buyer dan Seller yang sama kuat.
Doji ada empat jenis iaitu Common, Long Legged, Gravestone dan Dragonfly.
(Kitab MT4, AU, H4, 16January2018)
Hammer dan Hangging Man
Hammer adalah berasal daripada bentuk tukul THOR, manakala Hangging Man berasal daripada orang menggantungkan diri dan akhirnya jatuh. Kedua-dua candlestick menunjukkan pertukaran trend.
Candle ini juga menunjukkan price tersebut tiada kekuatan untuk pergi ke arah tersebut, dan akhirnya menukar arah.
(Kitab MT4, D1, UJ, 2November2017) (Kitab MT4, UJ, H1, 12January 2018)
Inverted Hammer dan Shooting Star
Inverted Hammer adalah Tukul yang terbalik biasanya wujud kita bearish tukar ke bullish. Manakala Shooting Star seperti tahi bintang biasanya wujud ketika bullish akan bertukar ke bearish.
Candle ini wujud ketika price tersebut melonjak secara tiba-tiba dan tiba-tiba tiada kekuatan lagi untuk pergi naik lagi ke atas membuat rejection dan bertukar trend.
(Kitab MT4, D1, EN, 20December2017) (Kitab MT4, H1, AU, 17January2018)
Morning Star dan Evening Star
Morning Star dan Evening star berasal dari hukum alam. Ia merupakan proses kitaran pergerakan venus melintasi bumi pada 27 March dan wujudnya Morning Star dan Evening Star.Candlestick ini merupakan tanda pertukaran trend di mana, 1 candle naik, kemudian, wujud candle rejection, dan akhirnya turun untuk pertukaran trend. (Kitab MT4, AC, H1, 17January 2018)
Begitulah candlestick yang menujukkan pertukaran trend yang kuat yang dipanggil Candlestick Reversal Signal. Dengan hanya melihat candle ini sahaja anda dah boleh trade Naked Chart tanpa menggunakan sebarang indicator atau line.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan RAHSIA CANDLE DALAM CANDLE boleh rujuk pada saya, Ada 1001 rahsia yang ada di dalam 1 batang candle yang ramai tidak ketahui.
Terima Kasih kerana sudi baca penulisan saya ini. Saya minta maaf jika ada sebarang kesalahan. Jika ada sebarang pembetulan boleh rujuk kepada saya semula.
Saya harap sedikit sebanyak ini dapat membantu dalam anda dalam Trading Forex. Semoga Success seperti yang anda inginkan.
Asalamualaikum W.B.T
(Super Trader Asri GIG)
No comments:
Post a Comment