APA ITU 'MARGIN CALL'?
Margin Call ialah permintaan broker terhadap pelabur yang menggunakan margin untuk deposit duit lagi atau equity supaya boleh support margin semula untuk meneruskan perdagangan. MC biasanya berlaku apabila akaun tertekan atau terlalu banyak order terhadap jumlah yang dikira oleh Broker terhadap beberapa formulanya.
Pelabur dikenakan MC daripada Broker jika satu atau lebih dengan jumlah yang dipinjam oleh broker. Amaun deposit akan ditolak dengan jumlah mereka berhutang.
MAKSUD "MARGIN CALL".

MC biasanya timbul apabila pelabur meminjam duit daripada broker untuk membuat pelaburan. Apabila pelabur menggunakan margin untuk BUY atau SELL, mereka membayarnya dengan menggunakan duit mereka sendiri dan duit pinjaman daripada Broker. Maksudnya pelabur mempunyai Equity di dalam pelaburan, bermaksud sama jumlah dengan nilai pasaran. MC berlaku apabila equity pelabur peratus nilai pasaran jatuh melebihi daripada peratusan yang diperlukan juga dikenali sebagai Maintenance Broker. Minimum ialah tidak kurang daripada 25%.
BAGAIMANA MC BERLAKU?
Anda Deposit 1000usd, hentak Lot Gajah. Confirm anda akan MC. Margin dan Equity anda tidak akan bertahan kerana Saiz Lot anda terlampau besar dan melebihi peratusan risiko anda. Selain itu, anda tidak mempunyai Ilmu, Sistem dan Money Management yang lengkap. MC berlaku apabila anda ingin membalas dalam dendam dengan market dan Trade secara beremosi. Kemudian, anda kaki layer dan ingin duduk di dalam market dalam jangka masa yang panjang. Akhir sekali selalu berlaku apabila traders nampak SETUP, dengan penuh yang dan berbangga mereka meletakkan LOT GAJAH TERBANG dengan harapan untuk Screenshot dan dapat untung lebih supaya menjadi cepat kaya. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
No comments:
Post a Comment