Apa itu Stop Loss? Penting ke Stop Loss ni?
Stop Loss ialah Sistem yang mengawal kita daripada kerugian. Jumlah kiraan SL adalah mengikut pip. Jumlah loss akan dikira melalui jumlah jarak SL yang kita letak dan jumlah Lot yang kita risikokan di dalam Trading. Jumlah ini dikira di dalam Formula Sustaining Power iaitu jumlah ketahanan akaun sepanjang kita masuk ke dunia market.
Kita kena ingat bahawa setiap kali bila kita masuk ke market, kita akan terdedah kepada Risiko untuk Rugi, Traders yang konsisten percaya Loss itu adalah wajib, menjadi tanggungjawab kita untuk mengurangkan jumlah risiko. Traders pendepo tegar percaya bahawa market akan pergi ke arah seperti yang dia nak, jadi mereka tidak akan meletakkan SL dan biar market berlalu tanpa kawalan, akhirnya akaun MC
2 Fungsi Stop Loss
1) Insurans
Kita sudah analisa dengan menggunakan teknik-teknik yang kita pelajari dan mahir. Adakah analisa kita selalu tepat dengan keadaan market? Untuk menyelamatkan akaun kita dari terjerumus ke dalam lembah MC. Jika berlaku ada kesilapan, kita tak akan rugi. Saya nak tunjuk sistem iaitu:
Equity : 1000usd
Stop Loss : 50pip
Target Profit : 100pip
Lot : 0.6
Risk: 3%
Secara keseluruhannya, anda hanya akan rugi 30usd sahaja per entry sahaja. Jadi jumlah keseluruhan boleh masuk market adalah 33kali. Jika anda terkena SL 33 kali sekaligus, barulah anda akan MC. Ini dipanggil SUSTAINING POWER (Dalam e-book TMP100 ada formula) . Dalam 33 kali tak kan anda tak ada profit? Ratio yang kita gunakan adalah 1:2 . Bermakna jika anda hit Target Profit, anda win sebanyak 60usd per entry iaitu 100pip.
2) Trailing / BreakEven / Positif Stop Loss
Saya tahu anda takut kehilangan profit dan anda bercadang untuk hold position lebih lama. Jika anda sudah profit dan price telah pergi lebih jauh dalam 30 pip, anda boleh lock/secure profit tersebut sebelum tidur atau waktu sibuk. Jika market pusing terlebih awal dan tak sampai Target Profit anda, anda letak BE / Trailing lebih awal, maka nya anda masih profit.Cara nak letak BE / Trailing Stop?
- Pastikan Price anda Profit melebihi 30pip. Anda akan alihkan SL ke hadapan 10pip (Rajah 1) lebih dari Price Order anda. Jadi, anda akan cucuk profit tersebut dari belakang. Jangan terlampau rapat kerana takut price akan break emergency dan buat retracement dan hit BE lebih awal. Anda boleh buka H1 (Rajah 2) , dan perhatikan price highest point dimana ia buat retracement. Letak SL 5 pip ke atas highest point tersebut tu
(Rajah 1)
(Rajah 2)
(Rajah 1)
3. Anda boleh set trailing Stop di MT4 (Computer) di dalam P.O anda dengan menekan right click di PO anda Terminal MT4 P.O
Setakat itu sajalah penulisan dan perkongsian saya. Jika ada kesilapan maafkan saya dan tegurlah saya. Sama-sama kita bergkongsi ilmu dan rezki. Dalam mencari rezki mesti ada ilmu. Duit tak jatuh dari langit. Kalau FOREX ini betul lah senang kaya dan tak ada loss, saya mesti pakai FERRARI pusing satu dunia.
Asalamualaikum W.B.T
Super Trader GIG Asri (Master Candle)
No comments:
Post a Comment