Saturday, February 17, 2018

SEMUA INGIN MENJADI TRADER YANG BERJAYA..! ANDA KENA TAHU 5 RUTIN HARIAN TRADER YANG BERJAYA LAKUKAN.. KALAU NAK BERJAYA, KENA IKUT ORANG BERJAYA..


DRRRRRRIINNNGGG! DRRRRIIIIINNNGGG! DRRRIIINNNGGG! TAK ADA RUTIN SETIAP PAGI?



Kebanyakan orang amat susah untuk bangun pagi. Sebab kita tak tahu nak buat apa awal pagi.

Saya juga macam tu. Susah nak bangun pagi, tutup jam loceng tidur balik sampai terpaksa bangun. Bunyi macam sama kan?

Semuanya berubah.

Kalau anda lambat untuk berubah sikap diri anda, anda mungkin pernah dengar tentang kepentingan rutin setiap pagi. Bagun dan terus pergi kerja tidak meletakkan anda dalam keadaan yang produktif.

Saya ada baca buku berkenaan Keajaiban Pagi oleh Hal Erold. Sekarang saya berada di tempat di mana saya seronok setiap pagi sebab saya tahu apa saya nak buat setiap pagi yang membentuk saya untuk jadi berjaya. Saya tak sabar nak bangun dan ia merupakan permulaan yang baik untuk memulakan hari Trading.

Cara saya corakkan rutin pagi memastikan saya sebagai Forex Trader bersedia untuk hari Trading. Bukan tentang trading, tetapi keadaaan diri saya.

5 ELEMEN PENTING UNTUK RUTIN PAGI SEORANG FOREX TRADER YANG DIPERLUKAN.


1) MELETAKKAN KEADAAN DIRI DALAM YANG SESUAI

Sebagai Forex Trader, anda  mungkin akan memulakan hari dengan duduk di depan PC / Laptop untuk menunggu setup. Saya beritahu anda, ini bukan cara yang baik untuk mulakan hari.Trading ialah disiplin yang kita boleh sama dengan sukan. Sebagai trader, hampir mudah anda akan rasa stress dan apa yang anda inginkan akan stress. Bersenam telah membuktikan untuk mengurangkan stress dan mengekalkan anda dalam keadaan segar. Saya perasan, bersenam akan membersihkan minda saya dan beri idea baru.

Macam mana nak buat:

Setelah bangun, benda pertama saya buat ialah pergi keluar, mulakan hari dengan jogging atau workout.

Anda kena faham bersenam tak semesti berpeluh atau berlari. Hanya 15 minit untuk senam kesukaan anda dah boleh beri perubahan yang besar.

2) DAPATKAN MINDSET YANG TEPAT

Tiada yang lebih teruk melainkan bangun dengan minda yang negatif. Tiba-tiba , keseluruhan hari kita akan menjadi sukar dan mencabar/ Trader yang begini susah nak jaga sesuatu dalam keadaan yang lebih perspektif. Dia mungkin akan kecewa dengan kerugian. Dia mungkin akan terlepeas trade selepas mengambil masa untuk menyediakan air kopi yang besar.

Disebabkan itu dan keinginan untuk mengekalkan minda yang stabil, pro-traders akan berfikir cara untuk mencipta mindset yang tepat ketika bangun pagi. Tidak kira apa yang keluar dari kepala, trader mesti duduk di dalam mindset yang betul sebagai rutin pagi.

Macam mana nak buat:

Setiap pagi, saya akan pastikan untuk bersyukur atas 3 perkara dan tuliskannya. Saya lihat pada Goal Board dan gunakkan affirmations untuk membawa saya ke minda yang saya inginkan.

Mengekalkan objektif, menyiapkan dan perkara untuk disyukuri adalah cara yang terbaik untuk kita maju ke hadapan. Selepas beberapa bulan berlalu, saya terkejut lihat semula jurnal dan sedari bahawa saya ingini sebenar telah berlaku.

3)MEMBINA DIRI SENDIRI

Apabila anda mula membina diri dan berusaha untuk mantapkan kemahiran, hidup anda mula berubah.

Ketika saya sedang menilai kuasa buku dan program pendidikan, saya tak boleh memulakan hari tanpa melabur masa untuk membina diri. Walaupun 15 minit boleh membawa pengetahuan untuk membantu anda bergerak ke level seterusnya sebagai trader. Anda mungkin akan dapat idea strategi baru yang anda ingin cuba, atau cara baru unruk membuat sesuatu.

Trader yang berjaya tahu, kejayaan tidak datang daripada sekali membaca atau aktiviti. Ia datang daripada habit jumlah kecil yang diulang setiap hari. Mereka tahu bahawa usaha terhadap mereka sendiri setiap hari sebahagian daripada rutin pagi mempunyai potensi cipta keputusan yang cemerlang.

Macam mana nak buat:

Ambila masa sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari, dengar audiobook, atau dengar podcast. Pastikan anda membaca atau mendengar untuk menjadikan anda trader yang lebih baik. 

4) ANALISA PASARAN.

Pagi menunjukkan pre-trading period di mana Forex Trader berkemungkinan mendapatkan objektif analisa. Ini bermaksud anda tidak akan tiba-tiba membuat keputusan untuk beberapa pair, tetapi mengambil beberapa langkah untuk melihat gambaran yang lebih besar.

Saya selalu tengok chart setiap pagi, tidak masuk market, tetapi membuat analisa yang lebih baik. Saya lihat candlestick, arah market untuk mencari price di beberapa level.

Macam mana nak buat:

Apa pun timframe yang anda guna, pakai 1-2 timeframe lebih besar dan tanya diri anda. "apa yang dia nak buat? Mana pusing dia? Mana arah yang lebih tepat?" Kemudian, pergi ke timeframe yang anda selalu pakai tapi kekalkan gambaran besar dalam minda. 

5) LIHAT SEMULA GAME PLAN ANDA

Saya telah bincang idea untuk trading plan beberapa kali, dan saya percaya ulang adalah cara untuk lebih senang untuk ingat. Lebih banyak anda terdedah kepada gambaran atau tulisan, anda akan gunakannya.

Pastikan and tahu apa yang anda kena buat pertama sekali. Walaupun anda sudah tahu trading plan, mengingatkan semula adalah lebih baik.

Macam mana nak buat:

Simple saja: ambil 5 minit  di dalam rutin pagi untuk lihat trading plan dan SOP. Masa itu akan menolak kekeliruan anda, Apabila anda jelas dengan game plan dan proses anda kena ikut, anda sudah meningkat peluang untuk menjadi Forex Trader yang Berjaya.

PERKARA UNTUK DIFIKIRKAN SEMULA

5 elemen ini wajib untuk rutin pagi seorang trader. Walaubagaimanapun, anda beberapa perkara yang boleh bantu anda rutin setiap pagi. Saya akan bangun seawal 5 pagi 7 hari seminggu. Minum air ketika bangun membantu meningkatkan tenaga untuk memulakan hari. Tidak lupa, kesan cukup tidur tidak dilupakan. Saya akan tidur sekurang-kurangnya 7 jam.








No comments:

Post a Comment

PERNAH DENGAR TAK PASAL MEKANIK PIP? MESTI TAK TAHU KAN YANG SEBENARNYA MEKANIK PIP BOLEH TARGET 100PIP PROFIT PER TRADE. NAK TAHU TAK MACAM MANA MEKANIK BOLEH REPAIR POKET ANDA?

MEKANIK PIP APA ITU MEKANIK PIP? Mekanik Pip ialah Teknik yang menjangkakan arah pergerakan chart yang lebih besar. Pada asalnya,...

ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN POST INI