TRADING PLAN (PREPARATION AND MINDSET)
Nasib Pelabur “Biasa-Biasa”
Apa yang terjadi apabila generasi yang lahir pada tahun 1940an ke 1960an memerlukan kewangan untuk persaraan dan terdapat kebocoran pada pasaran saham? Akan berlakunya susutan wang secara besar-besaran dari pasaran! Adakah anda dah bersedia?
Sila tanya diri anda soalan-soalan berikut:
1. Adakah saya masih menganggap trading/pelaburan saya sebagai bisnes? Adakah saya telah bersedia dengan hal ini sebagaimana saya telah bersedia dengan bisnes?
2. Adakah saya mempunyai rancangan perniagaan – dokumentasi sebagai panduan bisnes trading?
3. Adakah saya melakukan kesilapan secara berulang-kali (adakah kesilapan bermaksud tidak mengikut cara saya?)
4. Adakah saya mengikut prosedur tertentu untuk mengelakkan kesilapan?
5. Adakah saya mempunyai sistem yang telah diuji?
6. Adakah saya tahu bagaimana sistem tersebut akan berfungsi dalam pasaran yang berbeza?
7. Adakah kita tahu status pasaran kita sekarang, dan apa jangkaan terhadap sistem kita pada pasaran tersebut?
8. Kalau tidak, adakah saya telah keluar dari sistem/pasaran tersebut?
9. Adakah saya telah menyediakan exit plan bagi setiap posisi saya di pasaran?
10. Adakah saya mempunyai objektif yang spesifik dalam trading?
11. Adakah saya memahami yang saya mencapai objektif melalui position sizing algorithm? Adakah saya mempunyai position sizing algorithm yang spesifik untuk mencapai objektif?
12. Adakah saya sedar kepentingan bagi soalan(10) di atas?
13. Adakah saya faham bahawa hasil pelaburan saya bergantung pada cara pemikiran dan kepercayaan saya?
14. Adakah saya bertanggungjawab pada hasil(13) tersebut?
15. Adakah saya sentiasa memastikan diri saya sentiasa mempraktikkan kesemua soalan di atas?
Bulatkan nombor bagi soalan yang berkaitan rapat dengan diri anda. Sekiranya anda memilih sekurang-kurangnya 10 dari 15 soalan di atas, anda tidak mengambil serius aktiviti trading anda. Status kewangan anda dalam bahaya.
NOTE: Jangan anggap diri anda sebagai pelabur yang ‘biasa-biasa’ dan cuma mampu capai tahap yang biasa sahaja.
JOM DAPATKAN MEKANIK PIP SEBAGAI PERMULAAN MENJAWAB SEMUA SOALAN INI!
No comments:
Post a Comment