Saturday, January 13, 2018

ANDA MESTI TERTANYA-TANYA KAN KENAPA TAWARAN BROKER BERBEZA? JOM KETAHUI LEBIH LANJUT TIPS MEMILIH BROKER


TIPS MEMILIH BROKER...


Terdapat 2 jenis broker forex iaitu A Book dan B Book. Macam mana nak tau jenis broker ni?

Ringkasan ceritanya, A Book broker ni adalah broker yang mengharapkan kepada trader2 yang profit. Daripada profit trader2 ini la mereka mendapat komisen dan keuntungan untuk syarikat@broker. Duit yang trader deposit akan dimasukkan terus ke bank @ LP (Liquidity Provider). Broker tidak akan menyimpan duit deposit trader2.

Manakala B Book broker pula adalah sebaliknya. Mereka mengharapkan kepada trader yang sentiasa loss duit deposit mereka. Di situ broker mendapat keuntungan untuk syarikat. Duit yang dideposit akan dimasukkan ke dalam broker sahaja. Tidak dihantar ke LP. Ini kerana B Book broker berpegang dengan statistik bahawa 90% trader loss, hanya 10% sahaja akan profit. Mereka akan memastikan bahawa trader akan loss duit mereka yang telah dideposit.

Selain itu apa lagi perbezaan antara 2 jenis broker ni ye?

Ciri mudah nak kenal pasti adalah dengan melihat kepada jenis2 akaun trading yang ditawarkan. Kebiasaannya, A Book broker hanya menawarkan 2 jenis akaun trading sahaja iaitu akaun standard dan ECN. Manakala B Book broker ada menawarkan akaun trading Micro atau Cent. B Book juga menawarkan tahap leverage yang agak tinggi seperti 1:1000. A Book pula biasanya hanya menawarkan leverage setinggi 1:500 sahaja.

Apa lagi perbezaan yang dapat diperhatikan ye?

Haa.. Biasanya B Book broker ni ada menawarkan  DEPOSIT BONUS dan bonus2 (rebet) lain.

Selain itu, minima deposit A Book biasanya agak tinggi sedikit iaitu $100 manakala B Book pula ada menawarkan serendah $10 sahaja.

Untuk urusan pengeluaran duit profit juga ada perbezaannya. Untuk A Book broker bagi pengeluaran yang bernilai besar seperti $10k ke atas, akan memerlukan masa sekurang2nya 24 jam kerana duit tersebut akan diuruskan oleh pihak LP @ bank. B Book pula ada yang mampu untuk menyelesaikan pengeluaran dalam masa yang cepat kerana duit tersebut memang sedia ada berada di dalam broker. Jadi tiada masalah untuk mereka membuat pengeluaran tersebut.

Carta B Book broker juga lebih cantik dibandingkan dengan A Book broker. Carta B Book akan diperhalusi oleh programmer agar mengikut kehendak broker. Carta A Book pula biasanya akan kurang cantik dan banyak GAP. Kenapa ini berlaku di A Book? Sbbnya, data untuk carta A Book adalah direct daripada LP tanpa sebarang adjustment atau manipulasi candlestick.

Jadi, broker jenis manakah yang menjadi pilihan anda? Adakah broker yang menyokong agar trader sentiasa profit ataupun broker yang sentiasa mencari peluang untuk menjahanamkan akaun anda? Hehe.

Anda jangan menganggap broker yang menawarkan Broker yang menawarkan spread yang rendah tidak akan mengambil keuntungan dari anda. Broker jenis begini, tidak membenarkan anda HOLD postion lebih dari sehari kerana mereka akan mengenakan anda SWAP ikut jumlah trading anda. Jika broker yang menawarkan spread mengikut rate market, mereka tidak akan mengenakan SWAP ke atas anda.

Realiti memang perit untuk ditelan. Buat la pilihan yang terbaik untuk duit anda. Nak mencari modal untuk trade bukan senang, maka jangan la salah memilih broker untuk mulakan trading anda. Pilihan terletak di tangan rakan2 sekalian :)😅


DAPATKAN TMP100 SEBAGAI TEKNIK KALI PERTAMA DAN KALI TERAKHIR ANDA DI DALAM FOREX TRADING SEMENTARA HARGA MASIH RENDAH.

Edited by : Muhamad Asri Zulzali

No comments:

Post a Comment

PERNAH DENGAR TAK PASAL MEKANIK PIP? MESTI TAK TAHU KAN YANG SEBENARNYA MEKANIK PIP BOLEH TARGET 100PIP PROFIT PER TRADE. NAK TAHU TAK MACAM MANA MEKANIK BOLEH REPAIR POKET ANDA?

MEKANIK PIP APA ITU MEKANIK PIP? Mekanik Pip ialah Teknik yang menjangkakan arah pergerakan chart yang lebih besar. Pada asalnya,...

ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN POST INI