Candlestick Charting : Melengkapkan Seni Trading
Candlestick merupakan confirmation atau rejection sesuatu trend yang menentukan sama ada pelabur akan duduk dengan tenang dan hold position atau memilih untuk masuk atau keluar yang mungkin long atau short di dalam pasaran. Candlestick charting membolehkan pelabur untuk fokus terhadap pattern yang berterusan dan gunakannya untuk confirm atau tolak trend. Di sini, kita lihat candlestick charting merupakan seni.
Pattern terhadap Bullish atau Bearish
Di dalam dunia candlestick Jepun, terdapat beberapa continuation pattern sama ada bullish atau bearish. Ini ada beberapa candle yang kita boleh kenalpasti :-
1. Mat Hold
2. Rising Three Methods
3. Separating Three Lines
4. Side by Side White Lines
5. Upside Gap Three Methods
6. Upside Tasuki Gap
Di dalam artikel ini hanya fokus rising three methods,mat hold dan separating three lines.
Senarai pendek terhadap bearish di dalam market, mereka akan mencari pattern ini:
1. Falling Three Methods
2. In-Neck
3. On-Neck
4. Separating Lines
5. Side-by-side White Lines
6. Black Crow
CIRI-CIRI PATTERN
Untuk setiap continuation pattern yang di tunjukkan di bawah, saya menerangkan pattern dan maksudnya yang membolehkan anda mengetahui formasi dengan lebih mudah di masa akan datang. Bermula dengan bulls, mari kita lihat pada rising three methods.
Rising Three Methods (Bullish)
Pattern ini bermula dengan 'long white day". Yang kedua, 3 dan 4 trading session dengan body yang kecil muncul- body yang kecil ini terbentuk daripada harga yang jatuh, tetapi mereka kekal dengan lingkungan harga long white day. Hari kelima dan terakhir pattern menunjukkan satu lagi long white day.

Pattern ini menunjukkan petanda untuk Strong Bullish . Ia menunjukan uptrend sambil investor hanya rileks untuk bersedia kenaikan harga seterusnya yang berlaku pada hari ke-lima. Walaupun kita perhatikan price jatuh 3 hari berturut-turut, namun tiada Low Price yang wujud. Bulls bersedia untuk bertempur.
Bullish Mat Hold (Bullish)
Pattern bermula dengan long white day dan kemudian hari kedua, ada satu gap naik dan ia adalah black day. Apa yang kita nampak seterusnya pattern adalah sama dengan pattern sebelum ini.
Pada hari kedua, ketiga dan keempat, kita nampak tiba-tiba ia jatuh ke bawah tetapi bukan diluar long white day seperti hari pertama. Akhirnya, hari terakhir pattern dengan long white day lebih panjang yang close pada di atas long white day di hari pertama.
Separating Lines (Bullish)
Di dalam pattern bullish separating lines, anda akan nampak pada hari pertama adalah hari black day dan hari seterusnya adalah hari white day. Kunci kepada hari kedua ialah harga buka market adalah sama seperti hari pertama.

Di dalam bullish market , pattern ini boleh dinampak sebagai continuation trend sebab hari kedua bermula daripada seperti price hari pertama dan berterusan untuk close di price yang lebih tinggi.
Separating Lines (Bearish)
Anda boleh lihat dengan jelas bearish separating line pattern sama tapi terbalik dengan bullish separating lines patterns, jadi tiada penjelasan seterusnya

Falling Three Methods (Bearish)
Pattern dikenali sebagai bearish falling three methods akan keliru pada mulanya. Namun, Hari ketiga dan Keempat akan lebih jelas.

Cuba kita lihat lebih dekat bahawa tiada High Price yang baru daripada High Price sebelum ini seperti hari pertama. Ini adalah bearish signal dan seller akan masuk terhadap Strong Bearish ini.
In-Neck (Bearish)
Pada hari pertama in-neck continuation pattern adalah long black day (Sell) dan hari kedua adalah white day (Buy) yang menunjukkan pembukaan sesi lebih rendah daripada Low yang sepatutnya. Kemudian pada close, price tersebut sama dengan candle yang sebelum ini.

Pattern ini lebih jelas kepada bearish berdasarkan trend yang menjunam untuk meneruskan, namun memerlukan masa untuk memastikannya.
AKHIR SEKALI....
Belajar untuk membaca pattern candle adalah lebih penting kepada mereka yang ingin trade berdasarkan chart pattern. Memahirkan kemahiran ini akan mengambil masa dan membawa kita ke aras yang lebih tinggi. Ingat! Ia adalah duit anda! Fikirkan
No comments:
Post a Comment