Wednesday, February 14, 2018

TAHU TAK..?MODAL YANG KECIL PUNCA TRADER GAGAL.. JUM KETAHUI 10 PERATURAN TRADER UNTUK BERJAYA



10 PERATURAN UNTUK MENJADI TRADERS YANG BERJAYA



Trading ialah perniagaan yang mudah untuk disertai. Tak perlu degree atau latihan istimewa diperlukan . Kos permulaannya adalah rendah dan boleh dilakukan di rumah sahaja. Sangat mudah untuk dimulakan, namun tiada cara yang lebih mudah untuk mengaut keuntungan.

Kebanyakan pengalaman Trader akan mencapai kejayaan di dalam beberapa faktor termasuk kerja keras, mengkaji, merancang, disiplin, dan menjadi anak murid sepanjang masa kepada market. Dalam banyak-banyak perniagaan, ada beberapa prinsip, apabila kita ikut, akan meningkatkan peluang untuk Trader itu berjaya

ANGGAP TRADING SEBAGAI KERJAYA / PERNIAGAAN

Sebagai hobi, trading akan menjadi cepat mahal , dengan agak-agak sahaja boleh mengelakkan trader daripada mendapat keuntungan dan pengalaman yang mereka perlukan untuk mendapat keuntungan secara konsisten. Sebagai bekerja, trading juga tidak digalakkan kerana tiada istilah bayar menggunakan check dan lain-lain. Trader boleh bekerja selama 10 hari sehari dalam seminggu dan akhirnya tiada hasil pada hari Jumaat. Selain memikirkan trading sebagai hobi atau kerja, adalah amat penting dianggap sebagai  perniagaan.

Tidak sama dengan perniagaan lain, trading memerlukan perbelanjaan, kerugian, cukai, kebarangkalian dan risiko, dan semua faktor ini perlu diambil kira. Kunci untuk menjadi Trader berjaya ialah perancangan yang baik, keseluruhan perniagaan dan untuk trading secara sebenar. Trader ingin menjadi Full Time Trader akan meletakkan masa yang panjang dan usaha untuk mengkaji dan membentuk perancangan strategik yang menunjukkan sasaran pendek dan panjang dan makumat berkaitan trading. Apa yang kita  nak trade dan apa akan kita trade.

SENTIASA MENGGUNAKAN TRADING PLAN

Trader newbies tidak akan berpandangan jauh seperti pepatah " Plan your trade and trade your plan"

Perkara pertama di dalam trading ialah rangka rancangan untuk trade, dan di laksanakan dengan trading plan yang sempurna : peraturan, yang menunjukkan entry, exit dan money management. Trading plan yang baik selalunya berdasarkan pengalaman atau pemerhatian pasaran dan pembentukan melalui kajian dan ujian. Ia amat memerlukan masa yang panjang dan mencabar untuk membentuk profitable plan, cabaran yang paling utama ialah konsistensi.

Perkara yang kedua ialah - trade your plan- kebanyakan trader, amat susah untuk mencipta trading plan. Trade your plan bermaksud mengikut trading plan kita yang sepatutnya, tanpa beri sebarang alasan, seterusnya, menganggar atau mengira peraturan yang tidak boleh digunakan. Melakukan trading diluar rancangan dikira sebagai cara trading yang teruk, walaupun dia profit.

Lagi, Traders yang teruk akan memberi keputusan kepada emosi; takut, tamak, terlampau yakin, dan sebagainya. Selain itu, mereka yakin  daripada kesilapan kita. Trading your plan bukanlah bunyi nya mudah, tetapi kebanyakan trader mesti bekerja keras untuk membentuk keperluan kemahiran. Dengan ikut peraturan secara konsisten akan memberi kesan kepada trading plan untuk kita membuat duit yang lebih banyak. 


RISIKO DENGAN HANYA APA YANG KITA SANGGUP RUGI

Sementara trader merancang untuk buat duit, adalah amat penting untuk mengetahui yang analisa tak semestinya menjadi. Amatlah penting untuk tahu duit kita deposit akan habis begitu sahaja. Kerugian duit amatlah mencabar, tapi kita kena tahu duit tersebut tidak perlu dirisikokan sejak dari awal lagi, 

Kita kena redha tanpa mengatakan duit itu sepatutnya untuk anak-anak, bayar duit rumah, perbelanjaan dan lain-lain. Selain itu, ia akan memberi tekanan kepada trader untuk trade. 

Jadi, jenis tekanan ini akan membawa kepada keputusan yang buruk dan sememangnya rugi. Keutamaan ialah Trading, dan amat penting untuk memberitahu bahawa duit trading juga boleh dibelanjakan. Jika tidak, simpan saja duit , tak perlu trade.

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SEBAGAI KELEBIHAN

Trading secara elektronik sudah banyak digunakan, tetapi peralatan yang wujud juga banyak membantu trader untuk berjaya. Computer yang lebih canggih, internet yang laju, semua pasaran elektronik dan direct access trading sudah banyak membantu. Tambahan, seperti Trade Automation, Innovative Market Research Tools dan kemampuan untuk test market lebih tepat berdasarkan sejarah data yang memberikan traders sebagai peralatan yang canggih. Penggunaan telefon sebagai Trading membuatkan tidak mustahil untuk mencari setup, masuk order dan uruskan posisi sebagai kemudahan .
Menggunakan alat ketinggalan zaman akan memberi kesan yang buruk. Trading adalah perniagaan yang bersaing dan boleh dikatakan mereka yang terlibat akan mengambil lebih peluang di dalam trading secara teknologi. 

MENCIPTA TRADING PLAN BERDASARKAN KAJIAN

Trader mempunyai kajian sendiri, bukan emosi atau spekulasi, sepatutnya membantu untuk membentuk trading plan. Dengan informasi yang banyak tersedia, mungkin akan berkait dengan orang yang membuat kajian itu sendiri. Ini akan memberikan sebab yang munasabah untuk analisa.

Pertama, metodologi, apa-apa cara yang kita gunakan tidak semestinya membawa untung. Kedua, walaupun memberi keuntungan kepada orang lain, tidak menjamin akan jadi kepada Trader yang lain. Lain cara trading dan urus risiko bermaksud trading plan tidak akan sesuai sama sekali dengan orang lain.

Akhir sekali, trader kena faham sepenuhnya logik disebalik trading plan, selain itu, kemungkinan akan hilang kepercayaan di dalam rancangan, akan memudahkan untuk menggubal peraturan di dalam Trading.

KETAHUI STRATEGI KELUAR MARKET

Sebelum masuk position, trader sepatutnya tahu untuk keluar market. Ini termasuk juga di dalam Trading Plan dan menunjukkan bagaimana trader akan keluar sama ada untung atau rugi. Kebanyakn trader akan percaya duit akan dapat ketika keluar market. Ini bermaksud setiap posisi yang kita masuk, kita keluar market akan menunjukkan sama ada akan untung atau rugi di dalam trading.

Lagi, kita selalu fikir bahawa exit berdasarkan jumlah dollar yang kita dapat dan tutup kerugian, terdapat banyak cara untuk menentukan exit daripada market. Trading plan akan menentukan berdasarkan masa, aktiviti, untuk keluar market, seperti closed order selepas beberapa candle, selepas jumlah amaun, selepas beberapa pip, selepas market tutup. Sebagai contoh, trade boleh berhenti dan reverse jika teknikal menunjukkan arah untuk berubah trend.

Adalah penting sekali mempunyai cara nak keluar market sebelum masuk market. Ini bermaksud akan berbeza di antara untung atau rugi. Ratio untung mestilah banyak daripada rugi.

URUSKAN RISIKO DAN LINDUNG MODAL

Pengurusan risiko mestilah baik dan melindungi modal  akan membantu traders di dalam permainan. Mereka juga akan mengelakkan risiko terlampau banyak di dalam 1 entry. Secara keseluruhannya, risiko tidak boleh lebih daripada 3%. Ramai trader yang akaun kecil, kemampuan mereka teramat terhad dan susah nak buat keuntungan, dan memberikan risiko yang lebih tinggi. Hanya akan rugi sepanjang masa sahaja.

Trading menggunakan Stop Loss adalah cara untuk menguruskan risiko dan lindung modal. Kita semua ingin keluar market dengan untung, tapi itu bukanlah hakikat. Sebab rugi itu memang wajib, alasan yang munasabah besar mana pun trading kita, jika arah berlainan, position akan close dan cari peluang yang seterusnya.

Modal kecil - tidak mempunyai cukup wang - ini adalah sebab utama kenapa traders gagal. Ada beberapa sebab . Satu ialah trader perlukan duit untuk buat duit. Bayangkan jika trader dapat untung 30% dalam setahun. Itu mungkin cukup untuk hidup jika akaun 200k usd. Walaubagaimanapun, 30% daripada akaun 5000usd tidak cukup untuk bayar bill. Tidak cukup modal menjadi satu punca masalah untuk trader selalu loss.

TAHU BILA KITA AKAN BERHENTI TRADING

Ada dua alasan utama untuk kita berhenti Trade.

Pertama ialah trading plan kita tidak berkesan dan banyak rugi. Market akan berubah, interest dan volume adalah intrumen yang mempengaruhi dan trading plan kita tidak berfungsi seperti jangkaan kita. Ia mungkin memerlukan masa untuk mula semula  dan ubah strategi, dalam keadaan tidak beremosi dan gaya perniagaan. Trading plan ialah masalah yang perlu diselesaikan , ia tidak menandakan penghujung kepada trading.

Sebab yang kedua untuk berhenti ialah trader tersebut tidak berkesan. Faktor adalah emosi, tekanan dan masalah kesihatan boleh membawa kepada impak negatif di dalam prestasi trading. Trader boleh bentuk winning plan startegy, tetapi boleh juga akan gagal jika dia tidak merancang sebaiknya. Amat penting untuk trader dan perniagaan mengenali cabaran dan mengambil kira untuk memperbaiki situasi. 

TERIMA KERUGIAN - BELAJAR DARIPADANYA

Walaupun kebanyakan trader fokus pada untung, trading juga kepada kerugian. Lagi, trader yang berjaya akan memikirkan berapa banyak dia akan untung, tetapi berapa banyak dia akan rugi.

Rugi adalah perkara biasa di dalam trading, dan ada juga menagatakan beberapa trading plan atau sistem adalah 100% untung, secara realiti kebanyakan rancangan berjaya hanya menang 40% sahaja. 

Lagi, trader mestilah rela untuk menerima kerugian , amat penting untuk belajar daripada kesilapan. Satu cara untuk mengekalkan ialah buat satu buku jurnal atau diari. Buku jurnal membantu trader mendapat keputusan yang penting hasil daripada trade mereka dan maklumat lebih mendalam tentang trading individu yang laporan prestasi tidak mampu tunjukkan. Lebih lagi, journal termasuk masa, tarikh, arah, sebab  untuk trade dan nota. Ini memberikan rekod aktiviti yang boleh digunakan untuk membaca prestasi keseluruhan trading plan.

MENGEKALKAN TRADING DI DALAM PERSPEKTIF

Penting untuk kekal fokus selalu dan setiap hari trading. Ia sama juga penting untuk kekal fokus di dalam gambaran yang lebih besar. Satu hari kerugian sepatutnya bukan lah satu kejutan. Tapi ia adalah sebahagian daripada trading. Tiada sebab untuk kita sambut jika kita profit. Ia adalah satu langkah takdir jangka masa panjang untuk mengaut keuntungan, Sebab trading ialah perniagaan. Yang penting beri keuntungan.

Menang atau kalah, trading ada hari lain juga, Setelah trader terima menang atau kalah sebagai perniagaan, maka mudah untuk kawal emosi.

Letakkan matlamat yang realistik untuk menjaga prespektif di dalam trading. Jika Trader mempunyai akaun kecil, tak munasabah untuk jangka pulangan yang besar. 30% daripada 5000usd amat berbeza daripada 30% daripada akaun 1 juta usd.





































No comments:

Post a Comment

PERNAH DENGAR TAK PASAL MEKANIK PIP? MESTI TAK TAHU KAN YANG SEBENARNYA MEKANIK PIP BOLEH TARGET 100PIP PROFIT PER TRADE. NAK TAHU TAK MACAM MANA MEKANIK BOLEH REPAIR POKET ANDA?

MEKANIK PIP APA ITU MEKANIK PIP? Mekanik Pip ialah Teknik yang menjangkakan arah pergerakan chart yang lebih besar. Pada asalnya,...

ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN POST INI