Tuesday, February 13, 2018

INDICATOR INI MACAM-MACAM, TAK SEMESTINYA DI GUNAKAN DI DALAM CHART SAHAJA, BANYAK FUNGSI YANG BOLEH KITA KETAHUI. RAMAI YANG RUGI TIDAK TAHU JENIS TRADER YANG MENGGUNAKAN INDI INI...


APA ITU 'INDIKATOR'


Indikator adalah statistik yang digunakan untuk mengukur keadaan semasa sebaik forecast kepada kewangan dan trend ekonomi. Indikator ekonomi adalah secara metrik statik digunakan untuk mengukur peningkatan atau perkembangan ekonomi termasuk semua atau sektor di dalam ekonomi. Indikator Teknikal pula secara umumnya digunakan di dalam analisa teknikal untuk menganggar perubahan di dalam trend stock atau price pattern di dalam mana-mana perdagangan. Di dalam analisa secara fundamental, pengukur untuk mengukur ekonomi semasa dan keadaan industri digunakan untuk mewujudkan bacaan kebarangkalian untuk mendapat untung di dalam syarikat awam.

MAKSUD 'INDIKATOR'

INDIKATOR EKONOMI

Terdapat banyak indikator ekonomi dicipta yang berlainan sumber di dalam sektor swasta dan
kerajaan. Sebagai contoh, Bureau of Labor Statics, dimana badan kajian dilakukan oleh U.S . Department of Labor, menggabungkan data terhadap harga, pekerjaan dan tidak berkerja, pampasan dan keadaan kerja dan produktiviti. Di dalam laporan adalah informasi terhadap inflasi, harga import dan export, dan perbelanjaan pengguna.

Institute for Supply Management (ISM) adalah badan NGO untuk Pengurusan Pembekal dan Pembeli. Mereka telah mengeluarkan laporan ISM Manufacturing Report on Business bulanan sejak 1931. Laporan itu termasuk Index Komposit , Purchasing Managers's Index (PMI), yang mengandungi informasi berkaitan permintaan pengeluaran dan bukan pengeluaran. Index ini diperhati lebih teliti melalui barometer kepada aktiviti ekonomi. Bahagian Kewangan US menggunakan data ISM sebagai penilaian kepada eknomi.

Pada abad ke -21. perumahan atau 'real estate' telah mendahului indikator kepada ekonomi. Terdapat beberapa metrik yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan rumah termasuk S&P/Case-Shiller Index, di mana mengukur harga jualan rumah dan NAHB/Well Fargo Housing Market Index, melakukan kajian untuk pembinaan rumah yang mengukur kehendak pasaran untuk rumah baru.

Idikator ekonomi lain termasuk Interest Rate, Money Supply dan Sentimen Pengguna.

INDIKATOR TEKNIKAL

Di dalam konteks analisa teknikal, indikator adalah kiraan secara matematik berdasarkan harga sekuriti dan volume. Keputusan digunakan untuk menanggar price yang akan datang. Kebanyakan analisa teknikal adalah Moving Average Convergence-Divergence (MACD) dan Relative Strength Index (RSI).

MACD adalah berdasarkan andaian terhadap kecenderungan price untuk kembali kepada trendline. Di dalam mencari Trendline, Trader akan lihat kepada Moving Average di dalam TF yang berbeza sebanyak 50hari, 100hari dan 200hari. Sebagai tambahan MA boleh jadi Simple atau Expotential.

RSI pula membandingkan saiz yang selalu di dapati untuk untung dan untuk rugi dalam menentukan harga aset momentum sama ada naik atau turun. Menggunakan peralatan seperti MACD dan RSI trader teknikal akan menganalisa carta harga asset dan mencari pattern yang menunjukkan sama buy atau sell di dalam pertimbangan mereka. 












No comments:

Post a Comment

PERNAH DENGAR TAK PASAL MEKANIK PIP? MESTI TAK TAHU KAN YANG SEBENARNYA MEKANIK PIP BOLEH TARGET 100PIP PROFIT PER TRADE. NAK TAHU TAK MACAM MANA MEKANIK BOLEH REPAIR POKET ANDA?

MEKANIK PIP APA ITU MEKANIK PIP? Mekanik Pip ialah Teknik yang menjangkakan arah pergerakan chart yang lebih besar. Pada asalnya,...

ANDA MUNGKIN BERMINAT DENGAN POST INI